DPLI-UPSI Dulu Kini Dan Selamanya

Bersama kita jalinkan persahabatan dan luaskan pengetahuan
 
HomeGalleryFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in

Share | 
 

 Pembelajaran Interaktif

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
duralen
CEO
CEO


Number of posts : 47
Age : 37
Location : Ipoh, Perak
Registration date : 2008-03-02

PostSubject: Pembelajaran Interaktif   Tue Apr 01, 2008 2:53 pm

Pembelajaran interaktif
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

Pembelajaran dalam kalangan pelajar sekolah kini pastinya lebih menarik dan interaktif menerusi penggunaan FTEC Smart Book yang dikuasakan oleh Intel.


DR. ZULKURNAIN AWANG (tengah), Navin Shenoy (kiri), Dr. Salbiah Ismail (kanan)
dan Alimuddin Mohd Dom (dua dari kanan) melihat tiga pelajar mengendalikan komputer
riba di SMK Sri Permaisuri Kuala Lumpur

INTEL Malaysia dan Kementerian Pelajaran akhirnya mendedahkan hasil kajian Laporan Penilaian Projek Sekolah Angkat Kementerian Pelajaran-Intel Fasa Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Secara keseluruhannya, laporan penilaian projek ini menunjukkan maklum balas positif terhadap pengenalan model 1:1 ePembelajaran (eLearning) di sekolah-sekolah.

"Lebih 85 peratus guru yang terlibat dalam kajian fasa satu mendapati komputer peribadi dalam kelas yang berasaskan kepada perisian Intel membantu mereka mencipta persekitaran ePembelajaran yang inovatif dan kolaboratif," kata Pengurus Besar Intel Asia Pacific, Navin Shenoy.

Projek penilaian ini sebenarnya bertujuan untuk menilai implementasi Fasa Pertama penggunaan model 1:1 ePembelajaran yang memberi peluang kepada setiap pelajar mempunyai akses kepada komputer peribadi. Model pembelajaran ini telah pun diperkenalkan di beberapa buah sekolah terpilih sejak April 2007.

Di bawah inisiatif teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) untuk pendidikan, pihak Intel telah menyediakan 460 unit komputer peribadi dalam bilik darjah di 10 buah sekolah awam seluruh negara.

Setiap guru dan pelajar akan dilengkapi dengan komputer yang lengkap dengan akses internet, pelbagai perisian serta sumber digital bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

"Proses pembelajaran menggunakan teknologi adalah berbeza dengan belajar mengenai teknologi. Pembelajaran sebegini boleh memperkasakan ilmu guru dan pelajar, selain menjadikan belajar sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan.

"Hasil kajian ini memberikan input berguna yang mampu membantu kerajaan menambah baik Pelan Pendidikan Kebangsaan (National Education Blueprint) dan memacu transformasi sistem pendidikan sedia ada," kata Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang.

Sementara itu, Profesor Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Rozhan M. Idrus menyatakan wujudnya keperluan untuk menyeimbangkan peranan semua pihak dalam mengekalkan kelangsungan persekitaran pembelajaran cara baru.

Laporan ini mencadangkan pengenalan komputer peribadi mestilah bersifat sinergi dan saling melengkapi dengan semua komponen yang terdapat dalam sistem persekolahan dalam usaha menghasilkan persekitaran ePembelajaran yang berjaya.

"Dalam penilaian, inilah yang dipanggil sebagai penggunaan sebenar dalam bilik darjah. Maksudnya, bagaimana guru dan pelajar boleh mengintegrasikan kurikulum ke dalam kelas.

"Pelajar kini sangat celik teknologi, mereka sentiasa menggunakan komputer dan telefon bimbit. Maka, guru pun perlu menjadi lebih bijak, selain meningkatkan prestasi serta prestij sekolah agar boleh menjadi sekolah bestari.

"Sekiranya projek ini berterusan, ia akan menjadi satu realiti. Kita sedang memperkemaskan landskap sistem pendidikan dan patinya menjanjikan masa depan yang cerah," kata Rozhan.


NURUL IDAYU ABD RAHIM menunjukkan
komputer riba yang membantunya dalam
proses pembelajaran di sekolah.

Fokus 1:1 ePembelajaran bukannya tertumpu sepenuhnya kepada teknologi. Tetapi, lebih kepada anjakan paradigma mengenai bagaimana arahan pembelajaran diberi dan akhirnya meningkatkan minat belajar dalam kalangan pelajar.

Ia turut menggalakkan perubahan daripada sistem pembelajaran berteraskan guru (instructor-centric) kepada berpusatkan pada diri pelajar (student-centric). Langkah ini membawa masyarakat Malaysia setapak lagi ke hadapan dalam menghasilkan modal insan yang celik teknologi dan tenaga kerja berfikiran kritis.

Berikutan kejayaan projek ini, Intel merancang untuk menyambung kerjasamanya dengan Kementerian Pelajaran dalam mempromosikan Fasa Kedua model 1:1 ePembelajaran kepada lebih banyak sekolah di Malaysia.

Intel komited untuk mendermakan sebanyak 2,000 unit komputer kepada sekolah-sekolah terpilih dalam tempoh tiga tahun.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada program Intel World Ahead di negara-negara membangun yang menekankan kepada empat aspek:

1. Akses: Menyediakan peluang pemilikan dan penggunaan komputer peribadi yang lebih meluas. Ia dapat dilaksanakan melalui harga komputer yang lebih mampu milik, akses dan kandungan yang dibina mengikut keperluan sesebuah rantau negara.

2. Hubungan: Meluaskan akses internet jalur lebar tanpa wayar dengan mengaplikasikan sistem yang menepati ekosistem, selain menggalakkan penggunaan WiMAX.

3. Pendidikan: Memberi peluang kepada pelajar untuk berjaya dalam ekonomi global melalui program dan sumber pendidikan. Ini termasuklah pembangunan profesional untuk para guru di seluruh dunia.

4. Kandungan: Menggunakan aplikasi digital, maklumat dan perkhidmatan yang relevan.



PARA pelajar ini begitu teruja ketika
menggunakan komputer riba.

FTEC Smart Book untuk kanak-kanakSelari dengan itu, syarikat komputer FTEC telah melancarkan komputer peribadi (PC) netbook yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Dilancarkan di FTEC's TecAsia iaitu Stor Konsep IT terbesar di dalam negara, FTEC Smart Book ini disasarkan kepada kanak-kanak bermula di peringkat pra sekolah sebagai satu alat pendidikan.

FTEC Smart Book menyediakan platform bagi kanak-kanak dengan akses kepada teknologi. Komputer yang mudah dibawa ke sana dan ke sini ini mengandungi satu set ciri unik untuk memenuhi keperluan pembelajaran kanak-kanak.

Ia turut dilengkapi dengan papan kekunci kalis air dan ciri kawalan antikecurian termaju yang menggunakan sijil ID digital, selain mampu mengoperasikan banyak aplikasi termasuklah perisian pendidikan.

FTEC Smart Book cukup ideal sebagai komputer berteraskan penggunaan internet seperti melayari laman web, emel, mesej pantas, rangkaian sosiol, menonton video secara online, foto, VoIP dan permainan komputer online yang asas.

Kami percaya akses yang begitu awal mengenai komputer akan membantu kanak-kanak untuk belajar. Kami juga berharap dapat melihat impak positif dalam membina kemahiran berfikir yang kritikal, komunikasi dan celik digital dalam kalangan mereka.

"Menerusi pengalaman menggunakan komputer, kanak-kanak akan mula membina kemahiran mengingat dan belajar bagaimana mencari maklumat," jelas Pengarah Urusan FTEC, Tang Boon Koon.

Memandangkan kos pendidikan terus menjadi aspek terpenting keluarga di Malaysia, pelancaran FTEC Smart Book yang hanya berharga RM1,199 seunit menjadikannya lebih mampu milik.

Menurut Pengurus Besar Intel, Navin Shenoy, Intel dan FTEC begitu teruja untuk melancarkan versi pertama PC netbook di Malaysia. Dengan penggunaan komputer mudah alih yang semakin meluas dan industri mula menghasilkan produk terbaru untuk memudahkan pengguna terhadap akses internet, Intel percaya permintaan produk ini akan terus berkembang dalam beberapa tahun akan datang.

Selain itu, FTEC juga bekerjasama dengan SMART Board yang merupakan penyedia papan putih untuk mencipta kaedah pengajaran yang interaktif.

Memandangkan FTEC Smart Book ini memiliki keupayaan Wi-Fi, ia boleh diintegrasikan dengan bilik darjah yang dilengkapi teknologi komputer tanpa sebarang masalah.

Guru boleh menyampaikan aktiviti pengajaran di atas SMART Board dengan hanya menyentuh permukaannya, sementara murid mengikuti material pembelajaran itu pada Smart Books masing-masing.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Projek Sekolah Angkat Kementerian Pelajaran-Intel 1:1 ePembelajaran, sila layari laman web: http://elearn.moe.edu.my/index.php

------------------------------------------------------------------------------------------------

hopefully banyak lagi sekolah akan mendapat kemudahan begini...
terutama di kawasan2 luar bandar... dapat memberi peluang
pada pelajar2 tersebut mempelajari cara penggunaan computer
dan mendapat pembelajaran dengan lebih berkesan -

_________________
Back to top Go down
View user profile http://dpli.niceboard.net
 
Pembelajaran Interaktif
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
DPLI-UPSI Dulu Kini Dan Selamanya :: DPLI :: Isu Pendidikan-
Jump to: