DPLI-UPSI Dulu Kini Dan Selamanya

Bersama kita jalinkan persahabatan dan luaskan pengetahuan
 
HomeGalleryFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in

Share | 
 

 Pengajaran dalam BI tingkat pencapaian

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
duralen
CEO
CEO


Number of posts : 47
Age : 37
Location : Ipoh, Perak
Registration date : 2008-03-02

PostSubject: Pengajaran dalam BI tingkat pencapaian   Sat Mar 15, 2008 3:13 pm

Pengajaran dalam BI tingkat pencapaian

PUTRAJAYA 12 Mac – Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan sejak 2003 berjaya meningkatkan pencapaian pelajar bagi semua mata pelajaran sains dan matematik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, peningkatan ditunjukkan menerusi pencapaian calon termasuk dari luar bandar dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, Fizik dan Biologi.

Menurutnya, pencapaian dalam Matematik, Sains dan Kimia pula adalah stabil berbanding tahun sebelumnya.

“Pada masa sama, bilangan calon yang menjawab dalam bahasa Inggeris bagi semua mata pelajaran sains dan matematik pada peperiksaan SPM 2007 adalah seramai 252,513 calon berbanding 47,142 calon menjawab dalam dua bahasa.

“Jumlah itu menunjukkan pelajar yakin untuk menjawab dalam bahasa Inggeris bagi semua mata pelajaran terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan keputusan SPM 2007 di sini hari ini.

Pada 2007, seramai 439,255 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu.

Calon-calon yang menduduki SPM 2007 adalah kohort pertama yang mengikuti PPSMI di tingkatan satu pada 2003.

Alimuddin berkata, kejayaan dalam PPSMI itu seolah-olah mempunyai hubungan signifikan dengan peningkatan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Menurutnya, seramai 286,601 calon memperoleh gred 1A hingga 8E dalam Bahasa Inggeris berbanding 265,611 calon pada tahun sebelumnya.

“Ini menunjukkan program meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid di sekolah-sekolah di Malaysia berjaya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, penggunaan sepenuhnya bahasa Inggeris dalam semua mata pelajaran sains dan matematik pada peperiksaan SPM akan datang masih dalam peringkat kajian.

“Kementerian akan tetap berpegang kepada keputusan yang telah dibuat sebelum ini iaitu penggunaan dwi bahasa bagi semua mata pelajaran sains dan matematik,” katanya
Back to top Go down
View user profile http://dpli.niceboard.net
duralen
CEO
CEO


Number of posts : 47
Age : 37
Location : Ipoh, Perak
Registration date : 2008-03-02

PostSubject: Re: Pengajaran dalam BI tingkat pencapaian   Sat Mar 15, 2008 3:13 pm

so jadi ke idak nak tuka ke BM balik ek?
Back to top Go down
View user profile http://dpli.niceboard.net
sarizah



Number of posts : 9
Registration date : 2008-03-16

PostSubject: Re: Pengajaran dalam BI tingkat pencapaian   Sun Mar 16, 2008 7:39 pm

tgk la camne nti kan...
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Pengajaran dalam BI tingkat pencapaian   Today at 9:52 am

Back to top Go down
 
Pengajaran dalam BI tingkat pencapaian
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» GURU LIED TO MEGHA

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
DPLI-UPSI Dulu Kini Dan Selamanya :: DPLI :: Isu Pendidikan-
Jump to: