DPLI-UPSI Dulu Kini Dan Selamanya

Bersama kita jalinkan persahabatan dan luaskan pengetahuan
 
HomeGalleryFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in

Share | 
 

 Seseri teruskan Program Di Bawah Satu Bumbung

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
duralen
CEO
CEO


Number of posts : 47
Age : 37
Location : Ipoh, Perak
Registration date : 2008-03-02

PostSubject: Seseri teruskan Program Di Bawah Satu Bumbung   Sat Mar 15, 2008 3:00 pm

Seseri teruskan Program Di Bawah Satu Bumbung
KUALA LUMPUR 12 Mac – Program Di Bawah Satu Bumbung yang dijalankan oleh Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (Seseri) di sini sejak dua tahun lalu berjaya membantu 66 pelajarnya memperoleh keputusan A dalam semua mata pelajaran yang diambil pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007.

Pengetuanya, Zuraidah Mohamad berkata, keputusan itu memperlihatkan peningkatan berbanding hanya 60 orang yang mendapat keputusan sama pada tahun sebelumnya.

“Program itu melibatkan 10 pelajar cemerlang dalam setiap mata pelajaran bertindak sebagai mentor kepada rakan lain dan ia membuatkan pelajar yang lemah tidak berasa malu untuk bertanya kepada ‘pakar’ tersebut,” katanya.

Zuraidah menambah, program itu juga merupakan faktor terbesar terhadap kejayaan Seseri apabila menerima Anugerah Sekolah Mendapat A Terbanyak dan Peratus A Tertinggi Mata Pelajaran Bahasa Inggeris bagi kategori sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Zuraidah bertekad untuk meneruskan program yang dimulakan sejak 2006 itu, bagi menjamin kecemerlangan sekolah itu pada masa hadapan.

Sementara itu, bekas Pengarah Program Di Bawah Satu Bumbung, Fatin Syahirah Nahrowi, 18, muncul sebagai salah seorang Pelajar Terbaik SPM Wilayah Persekutuan SPM 2007 apabila memperolehi 10 1A.

Baginya, mengulang kaji pelajaran setiap hari dan tidur yang cukup merupakan rahsia kejayaannya.

“Saya hanya mengulangkaji sehingga pukul 1 pagi kerana tidur awal untuk ke kelas esoknya. Yang penting kualiti masa bukannya kuantiti. Kejayaan ini turut didorong oleh guru-guru Seseri yang sering memberikan komitmen 150 peratus kepada kami,” katanya.

Seorang lagi bekas pelajar Seseri, Teh Wahida Mohd. Tusirin yang turut memperolehi 10 1A mendisiplinkan dirinya bangun seawal 4.30 pagi bagi mengulangkaji pelajaran.
Back to top Go down
View user profile http://dpli.niceboard.net
 
Seseri teruskan Program Di Bawah Satu Bumbung
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» The Revised 2011 Gibeault Mouse Race Program
» Souvenir program tradings
» Newton and Redfern's 80s PBS nostalgia
» Mechanical Fan Delete
» G-bites a similar plan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
DPLI-UPSI Dulu Kini Dan Selamanya :: DPLI :: Isu Pendidikan-
Jump to: